Showing posts with label Immunisasi. Show all posts
Showing posts with label Immunisasi. Show all posts

January 09, 2011

Hadith dari Sahih al-Bukhari

Apa maksud 'tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda'?

1. Mengikut pendapat ahli ilmu dan ahli bahasa Arab, ia bermakna hendaklah melazimkan pengambilan dan penggunaan Habbatus Sauda' berterusan selama yang termampu. Dengan lain perkataan ia hendaklah menjadi sebahagian dari kehidupan harian selagi termampu.

2. Juga tidak dinyatakan dalam hadith ini supaya ambil Habbatus Sauda' hanya apabila sakit, oleh kerana itu orang yang sihat juga boleh berterusan mengambil Habbatus Sauda' untuk menjaga kesihatan dan juga supaya dapat mencegah penyakit yang mungkin akan menimpanya.

3. Untuk memudahkan pengambilan Habbatus Sauda' ini secara berterusan, ia juga boleh diambil secara bersendirian mentah (bijinya), minyak perahannya, atau dicampur dengan bahan-bahan lain seperti madu atau minyak zaitun atau dalam masakan dan minuman.

Apakah makna 'penawar segala penyakit'?

Ibn al-Qayyim telah menukilkan dalam kitabnya 'al- Tibb al-Nabawi' bahawa makna perkataan 'kulli' (semua/segala) adalah seperti tafsir kepada ayat
Tafsir: - yang menghancurkan 'segaIa' sesuatu dengan perintah Tuhannya.

Yakni angin itu memusnahkan segala manusia dan rumah-rumah kediaman tetapi ia tidak' memusnahkan gunung-ganang, sungai-sungai, matahari dan bulan. Ini adalah lafaz am yang bermaksud kh'usus. Ini adalah termasuk dalam ilmu 'balaghah' dalam bahasa Arab. Dari maksud yang yang sama penawar 'segala' penyakit itu bermakna yang boleh menawar banyak penyakit (dan tidak menghalang dari merawat penyakit dengan lain-¬lain ubat) kecuali penyakit yang ditakdirkan membawa kematian. Hence illa al-Saam.

As-am (mati) Habbatus Sauda' tidak dapat mengubati mati dan setiap kematian itu ada sebabnya. Oleh itu hendaklah difahami bahawa penyakit-penyakit yang ALLAH Ta'ala telah takdirkan untuk membawa sebab kepada kematian tidaklah dapat diubati lagi dengan Habbatus Sauda'. Dari sini kita boleh faham makna 'shifa min kulli da' illa asSam' 'penawar bagi segala penyakit kecuali mati'. Maka inilah adalah kebenaran atas kebenaran.

Namun begitu tidaklah bermakna ikhtiar untuk mengubati penyakit itu perlu dihentikan kerana berusaha untuk berubat itu disuruh. Dan jika Habbatus Sauda' itu tidak memberi kesan terhadap penyakit itu, maka besar kemungkinan ia termasuk salah satu dari penyakit yang akhirnya menjadi as-Sam, dan as-Sam itu akan datang samada lambat atau cepat.

Merawat penyakit dengan Habbatus Sauda' tidak bermakna meninggalkan kaedah-kaedah perubatan lain terutama perubatan moden. Malah dalam banyak kes, ia memperkuatkan dan menolong lagi kaedah-kaedah tersebut. la adalah lebih kepada 'Complementary and complimentary'

Sebagai penawar dipercayai Habatus Sauda’ boleh:

a. Menjadi penyembuh dengan kekuatan sendiri.
b. Menolong menjadi kesan ubat lain lebih kuat dan efektif.
c. Kombinasi dengan herba/ubat lain dapat menyembuhkan penyakit.
d. Menolong mengurangkan kesan sampingan ubat lain terutama ubat moden atau therapy yang membawa kesan sampingan yang teruk seperti chemotherapy / radiotherapy.
e. Mengurangkan penderitaan akibat penyakit.
f. Mempercepatkan penyembuhan dari kecederaan atau pembedahan.
g. Menolong mencegah penyakit dari menjadi lebih teruk
7. Jika tiada apa-apa sebab sekalipun untuk mengambil Habbatus Sauda' samada dari segi kesihatan dan masalah-masalah pun begitu digalakkan juga untuk mengambil Habbatus Sauda' ini secara berterusan semata-mata kerana berkat hadith dan suruhan dari yang disayangi Rasulullah SAW

May 24, 2010

Anti-Tumor

Pada tahun 1991, Amala Research Center di Amala Nagar, Kerala (India) menjalankan kajian yang telah menegaskan bahawa penggunaan minyak Nigella Sativa (Black Seed) mampu bertindak sebagai agen anti-tumor. Jenis kedua sel kanser, Dalton's Lymphoma ascites (DLA) sel, juga digunakan. Tikus yang menerima sel EAC dan Nigella Sativa (Black Seed) tetap muzik tanpa adanya tumor, menunjukkan bahawa secara aktif 100% mencegah perkembangan tumor EAC.

Pada tahun 1997, Cancer Research Laboratory of Hilton Head Island, South Carolina, USA, telah berjaya membuktikan bahawa Nigella Sativa dapat digunakan sebagai agen di dalam rawatan tumor dan tidak mendatangkan kesan-kesan sampingan sepertimana ubat-ubatan lain yang digunakan untuk chemotherapy. Mereka mendapati bahawa pengambilan Habbatus Sauda dapat meningkatkan kadar pertumbuhan sel sumsum tulang sebanyak 250%, manakala dapat mengurangkan kadar pertumbuhan tumor sebanyak 50%.

May 17, 2010

Kegunaan Habbatus Sauda’



1. Masalah Pernafasan – Mengandungi beberapa agen termasuk Nigellone yang merupakan bronchodilator, iaitu bahan yang boleh mengembangkan salur pernafasan yang sempit yang mengakibatkan sesak nafas seperti asthma dan COPD.


2. Masalah Penghadaman – Mengandungi Nigellin dan Melanthin yang mampu membuang angin dan mengatasi kembung perut.


3. Kencing Manis – Mengandungi Thymoquinone, suatu bahan yang berupaya merendahkan tahap glukosa di dalam darah.


4. Darah Tinggi – Menghasilkan Prostaglandin E1 yang telah dibuktikan mampu menurunkan tekanan darah tinggi. Juga bersifat diuretic (agen yang merangsang pengeluaran air kencing).


5. Alahan – Merupakan agen anti-inflammatory, bronchodilator dan anti-histamine, maka tidak hairan lagi mengapa ia selalu digunakan untuk merawat penyakit alahan yang kronik.


6. Batu Karang & Batu Hempedu – Mengandungi Nigellin yang merupakan agen anti-spasmodic, maka sesuai digunakan untuk penyakit batu karang.


7. Masalah Kulit – sesuai digunakan oleh pesakit eczema.

Sistem Immunisasi



Sistem pertahanan badan merupakan sistem kompleks yang sangat penting kerana ia menghasilkan antibodi-andibodi di dalam badan. Antibodi ini mampu mengenalpasti dan melawan organisma dan bahan asing dalam badan. Maka, sistem imunisasi merupakan sistem pertahanan badan terhadap serangan. Terdapat dua jenis sel yang bertanggungjawab terhadap sistem imunisasi badan, iaitu sel darah merah dan juga sel darah putih. Sel darah merah bertanggungjawab membawa oksigen ke seluruh badan manakala sel darah putih mempertahankan badan dari serangan agen asing. Terdapat pelbagai jenis sel darah putih di dalam badan. Antaranya ialah lymphocytes yang menghaslkan B-sel dan juga T-sel. B-sel bertindak menghasilkan antibodi, iaitu protein berbentuk Y yang dirembeskan sekiranya terdapat antigen seperti bakteria, virus atau parasit. Antibodi ini akan bergabung dengan antigen, lalu meneutralkan ia. T-sel pula lebih agresif kerana ia menyerang terus dan menghancurkan agen asing.


Banyak penyelidikan telah dilakukan ke atas Habbatus Sauda’ yang telah membuktikan bahawa ia boleh digunakan untuk menguatkan sistem imunisasi badan. College of Medicine di Uneversity King Faisal telah menerbitkan satu penemuan yang menarik di dalam Journal Pharmaceutical Arab Saudi. Mengikut penyelidiknya Dr . Basil Ali dan rakan-rakan, Habbatus Sauda’ telah didapati mampu meningkatkan jumlah T-sel di dalam badan. T-sel pula boleh dibahagikan kepada beberapa jenis,antaranya adalah suppressor T-sel (TS) dan helper T-sel (TH). Helper T-sel berfungsi mengaktifkan B-sel dan T-sel yang lain, manakala suppressor T-sel bertindak mengawal keseimbangan sel immunisasi supaya tidak berlebihan atau kekurangan. Pengambilan Habbatus Sauda’ walaupun dalam kuantiti yang sedikit, iaitu sebanyak 2 gram selama 30 hari, dapat meningkatkan nisbah TH:TS sebanyak 55-72%. Ia juga dapat meningkatkan jumlah natural killer cells sebanyak 30%.


Pengarah Institut Immunology dari University Munich, Prof G.Reitmuller juga mengakui bahawa Habbatus Sauda’ dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan juga boleh digunakan sebagai bioregulator. Habbatus Sauda’ juga mampu meningkatkan kesan aktiviti B-sel ke atas sel tumor. Ini kerana ia mampu menolong menyediakan ruang pada tapak agen tumor yang membenarkan B-sel bergabung dengan lebih mudah. Habbatus Sauda’ yang diambil untuk satu jangka masa yang panjang telah dibuktikan bertindak sebagai immunomudulator. Ini bermakna ia akan meningkatkan kekuatan sistem imunisasi dan mengekalkan keseimbangan sistem imunisasi untuk berfungsi secara optimum. Penemuan-penemuan ini menunjukkan bahawa Habbatus Sauda dapat memainkan peranan penting dalam rawatan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit imunisasi yang lain.