May 17, 2010

Sistem Immunisasi



Sistem pertahanan badan merupakan sistem kompleks yang sangat penting kerana ia menghasilkan antibodi-andibodi di dalam badan. Antibodi ini mampu mengenalpasti dan melawan organisma dan bahan asing dalam badan. Maka, sistem imunisasi merupakan sistem pertahanan badan terhadap serangan. Terdapat dua jenis sel yang bertanggungjawab terhadap sistem imunisasi badan, iaitu sel darah merah dan juga sel darah putih. Sel darah merah bertanggungjawab membawa oksigen ke seluruh badan manakala sel darah putih mempertahankan badan dari serangan agen asing. Terdapat pelbagai jenis sel darah putih di dalam badan. Antaranya ialah lymphocytes yang menghaslkan B-sel dan juga T-sel. B-sel bertindak menghasilkan antibodi, iaitu protein berbentuk Y yang dirembeskan sekiranya terdapat antigen seperti bakteria, virus atau parasit. Antibodi ini akan bergabung dengan antigen, lalu meneutralkan ia. T-sel pula lebih agresif kerana ia menyerang terus dan menghancurkan agen asing.


Banyak penyelidikan telah dilakukan ke atas Habbatus Sauda’ yang telah membuktikan bahawa ia boleh digunakan untuk menguatkan sistem imunisasi badan. College of Medicine di Uneversity King Faisal telah menerbitkan satu penemuan yang menarik di dalam Journal Pharmaceutical Arab Saudi. Mengikut penyelidiknya Dr . Basil Ali dan rakan-rakan, Habbatus Sauda’ telah didapati mampu meningkatkan jumlah T-sel di dalam badan. T-sel pula boleh dibahagikan kepada beberapa jenis,antaranya adalah suppressor T-sel (TS) dan helper T-sel (TH). Helper T-sel berfungsi mengaktifkan B-sel dan T-sel yang lain, manakala suppressor T-sel bertindak mengawal keseimbangan sel immunisasi supaya tidak berlebihan atau kekurangan. Pengambilan Habbatus Sauda’ walaupun dalam kuantiti yang sedikit, iaitu sebanyak 2 gram selama 30 hari, dapat meningkatkan nisbah TH:TS sebanyak 55-72%. Ia juga dapat meningkatkan jumlah natural killer cells sebanyak 30%.


Pengarah Institut Immunology dari University Munich, Prof G.Reitmuller juga mengakui bahawa Habbatus Sauda’ dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan juga boleh digunakan sebagai bioregulator. Habbatus Sauda’ juga mampu meningkatkan kesan aktiviti B-sel ke atas sel tumor. Ini kerana ia mampu menolong menyediakan ruang pada tapak agen tumor yang membenarkan B-sel bergabung dengan lebih mudah. Habbatus Sauda’ yang diambil untuk satu jangka masa yang panjang telah dibuktikan bertindak sebagai immunomudulator. Ini bermakna ia akan meningkatkan kekuatan sistem imunisasi dan mengekalkan keseimbangan sistem imunisasi untuk berfungsi secara optimum. Penemuan-penemuan ini menunjukkan bahawa Habbatus Sauda dapat memainkan peranan penting dalam rawatan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit imunisasi yang lain.


No comments:

Post a Comment