March 25, 2010

Habbatus Sauda boleh dipercayai sebagai penawar


1. Menjadi penyembuh dengan kekuatan diri sendiri

2. Membantu ubat lain untuk menjadi kesan lebih kuat dan efektif.

3. Ia boleh menyembuhkan penyakit sekiranya digabungkan dengan ubat atau herba lain.

4. Ia boleh menolong mengurangkan kesan sampingan dgn ubat-ubat moden atau therapy.

5. Penderitaan akibat penyakit dapat dikurangkan.

6. Mempercepatkan penyembuhan dari secederaan ataupun pembedahan.

7. Menolong mencegah penyakit dari menjadi lebih teruk.


March 19, 2010

Maksud Hadith Sahih


Ada banyak hadith-hadith yang menyebut tentang Habbatus Sauda' yang terdapat di dalam himpunan kitab-kitab hadith sahih. Hadith yang paling masyhur ialah yang diriwayatkan dalam kitab Sahih al-Bukhari seperti berikut: Diriwayatkan oleh Khalid bin Sa'ad:

Kami dalam perjalanan keluar dan Ghalib bin Abjar menemani kami. Dia telah jatuh sakit dalam perjalanan dan bila kami sampai di madinah dia masih sakit. Ibn Abi 'Atiq datang menziarahi kami dan berkata kepada kami: Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda' ini.

Maka ambillah 5 atau 7 biji Habbatus Sauda' dan hancurkan nya dan masukkan nya kedalam lubang hidung….. bahawa 'Aishah telah meriwayatkan kepada saya bahawa dia telah mendengar Rasulullah Rasulullah X bersabda:

Sesungguhnya HabbatusSauda' ini adalah penawar segala penyakit, kecuali kematian.


March 04, 2010

Hadis Riwayat


Dalam sebuah hadits, Ummul Mukminin Aisyah radhiyallahu 'anha bertutur, “Aku pernah mendengar Rasulullah sollallah hu 'alaihi wasallam bersabda,

( إن هذه الحبة السوداء شفاء من كل داء إلا من السام ) قلت : وما السام ؟ قال : ( الموت )

”Sesungguhnya habbatus sauda` (jintan hitam) mengandung ubat bagi semua jenis penyakit kecuali as-saam. Aisyah bertanya, "Apa itu as-saam?" Dijawab oleh beliau, "as-Saam adalah kematian". (Hadits Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)