March 19, 2010

Maksud Hadith Sahih


Ada banyak hadith-hadith yang menyebut tentang Habbatus Sauda' yang terdapat di dalam himpunan kitab-kitab hadith sahih. Hadith yang paling masyhur ialah yang diriwayatkan dalam kitab Sahih al-Bukhari seperti berikut: Diriwayatkan oleh Khalid bin Sa'ad:

Kami dalam perjalanan keluar dan Ghalib bin Abjar menemani kami. Dia telah jatuh sakit dalam perjalanan dan bila kami sampai di madinah dia masih sakit. Ibn Abi 'Atiq datang menziarahi kami dan berkata kepada kami: Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda' ini.

Maka ambillah 5 atau 7 biji Habbatus Sauda' dan hancurkan nya dan masukkan nya kedalam lubang hidung….. bahawa 'Aishah telah meriwayatkan kepada saya bahawa dia telah mendengar Rasulullah Rasulullah X bersabda:

Sesungguhnya HabbatusSauda' ini adalah penawar segala penyakit, kecuali kematian.


No comments:

Post a Comment