May 18, 2010

Sistem Pernafasan

Habbatus Sauda’ mempunyai kesan bronchodilation, iaitu ia dapat meluaskan ruang di dalam saluran pernafasan yang dapat membenarkan lebih banyak pembekalan oksigen keseluruh badan. Penyempitan dan halangan di saluran pernafasan dapat dikurangkan kerana Habbatus Sauda’ mampu mencairkan dan mengurangkan mucous. Ciri-ciri anti-spasmodic herba ini dapat mengurangkan batuk, manakala ciri anti-pyretic pula dapat meredakan demam sekiranya dijangkiti selsema atau infeksi pada paru-paru.



Asthma merupakan tindakan hyper reaction oleh system imunisasi badan yang mengakibatkan pembengkakkan lapisan mucous di paru-paru, kekejangan otot di bronchi, dan penghasilan mucous yang pekat. Habbatus sauda’ mampu mengurangkan simptom-simptom ini. Tambahan pula, ciri anti-histamine Habbatus sauda’ dapat mengurangkan serangan allergi seperti dalam penyakit Asthma.

Nigellone (polimer thymoquinone yang dijumpai di dalam Habbatus Sauda’) telah dibuktikan sebagai agen yang sangat efektif untuk menangkal asthma bagi golongan kanak-kanak dan juga orang dewasa.

1 comment:

  1. yer mmg betul.. Telah terbukti. Thanks this info.

    ReplyDelete