May 21, 2010

Diabetes

Etiologi dan komplikasi diabetes banyak disebabkan oleh kehadiran free radical species di dalam badan, yang mengakibatkan oxidative stress. Pesakit diabetes menunjukkan paras oxidative stress yang tinggi yang banyak disebabkan oleh persistent hyperglycemia atau paras gula yang tinggi dan berterusan. Ini akan mengurangkan aktiviti anti-oxidative dan seterusnya menggalakkan lebih banyak penghasilan free radical species.



Baru-baru ini, penyelidik-penyelidik menemui bahawa Nigella sativa dan bahan aktifnya Thymoquinone, mempengaruhi paras gula dan insulin di dalam badan. Tambahan pula, mereka mencadangkan bahawa aktiviti antioksidan Habbatus Sauda’ mampu mengurangkan kecederaan terhadap sel-B di dalam pancreas. Kajian tersebut menemui kurang kecederaan terhadap tisu-tisu haiwan yang mempunyai diabetes setelah mengambil Habbatus Sauda’. Disebabkan itu, mereka telah merumuskan bahawa thymoquinone mendatangkan kesan hepatoprotective, iaitu kesan perlindungan terhadap hati disebabkan oleh kesan langsung atau tidak langsung aktiviti anti-oksida Habbatus Sauda’.

Beberapa kajian telah dilakukan untuk mengkaji kesan-kesan Habbatus Sauda pada paras gula di dalam darah. Kajian-kajian ini telah dilakukan ke atas beberapa haiwan, termasuk arnab, kambing, dan tikus. Keputusan kajian-kajian ini sangat memberangsangkan kerana telah menunjukkan kesan yang penting terhadap paras gula iaitu dapat menurunkan paras gula di dalam darah setelah diberikan Habbatus Sauda’ untuk sekurang-kurangnya 48 jam. Kesan tersebut akan terus meningkat apabila Habbatus Sauda’ diberikan untuk tempoh yang panjang, iaitu sehingga beberapa minggu. Oleh sebab itu, pada masa kini Habbatus Sauda’ digunakan sebagai sebahagian daripada rawatan untuk diabetes.

Pada tahun 2002, kajian yang dilakukan di Gifu Universiti di Jepun telah membuktikan bahawa Habatus Sauda’ boleh digunakan sebagai rawatan Type 2 diabetes. Pada tahun 1991, Kuwait Universiti telah menjalankan kajian ke atas mekanisma aktiviti Nigella Sativa berkaitan dengan diabetes. Mereka menjumpai bahawa ekstrak Habbatus Sauda’ adalah ubat yang sesuai digunakan untuk merawat penyakit diabetes yang tidak memerlukan insulin. Pada tahun 2003, tiga fakulti di Van, Turki, dan pada 2004 di Faculty of Medicine, Universiti Zonguldak Karaelmas, Zonguldak mengesahkan bahawa Nibella Sativa dapat menurunkan paras gula di dalam darah kepada paras normal bagi arnab yang menghidapi diabetes.

3 comments:

  1. Salam....
    Boleh cuba ARIFBILLAH HABBATUS SAUDA......
    InsyaAllah penyakit dapat diubati.....
    http://www.muslimchoices.com/?p=ariffbillah

    ReplyDelete
  2. sangat setuju dengan TT. ada banyak kes kencing manis sembuh sebenarnya cuma tak direkodkan shj. Apa-apa pun yakin dan tetaplah dengan habbatus sauda

    ReplyDelete