Nigella Sativa (Black Seed) sekarang sedang dilihat oleh banyak ahli onkologi sebagai ubat herba yang serius untuk membantu dalam rawatan kanser. US Food and Drug Administration (FDA) telah memberikan 2 paten yang melibatkan minyak Nigella Sativa untuk mengubati kanser, mencegah kesan sampingan akibat chemotherapy, dan untuk meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan. Pada tahun 1991, Amala Cancer Research Centre, Kerala, India telah menjalankan kajian yang membuktikan minyak Nigella Sativa berguna dan effektif sebagai agen chemotherapeutic. Dalam kajian lain, didapati bahawa pengambilan minyak Nigella Sativa mengurangkan kesan sampingan beracun yang disebabkan oleh beberapa ubat kemoterapi yang lain seperti cisplatin dan doxorubicin.
Pada tahun 2003 di Jackson State University, USA, doktor-doktor telah mengkaji Nigella Sativa dan keberkesanannya sebagai agen anti-cancer. Mereka mendedahkan sel kanser payudara kepada ekstrak Nigella Sativa. Hasilnya, sel kanser payudara telah di nyahaktifkan dan doktor-doktor di disitu merumuskan bahawa Nigella Sativa sesuai digunakan dalam pencegahan dan rawatan kanser payu dara.
Pada tahun yang sama, doktor-doktor di Osaka City University Medical School di Jepun mengkaji penggunaan Nigella Sativa untuk rawatan kanser usus besar. Pengajian mereka menunjukkan bahawa minyak Nigella Sativa dapat menghambat pertumbuhan kanser pada tahap postinitiation. Pada tahun 2004 di Universiti Amerika di Beirut, Lubnan, thymoquinone yang dihasilkan dari Nigella Sativa telah diselidiki untuk mengkaji kemampuannya dalam melawan sel-sel kanser usus. Penelitian mereka membuktikan bahawa thymoquinone mempunyai potensi yang tinggi sebagai agen untuk rawatan kanser usus besar.
Baru-baru ini, penyelidikan yang dijalankan di Kimmel Cancer, Jefferson di Philadelphia, menemui bahawa thymoquinone mampu menghalang pertumbuhan sel kanser pankreas dan membunuh sel-sel dengan menggalakkan proses programmed cell death. Dengan menggunakan sel pankreas manusia, kajian menjumpai bahawa thymoquinone membunuh lebih kurang 80% sel kanser. Kajian juga menjumpai bahawa thymoquinone mampu menyebabkan perubahan epigenetic dalam sel kanser pankreas dengan memodifikasikan sel DNA.
No comments:
Post a Comment