May 20, 2010

Darah Tinggi




Kajian ke atas haiwan mendedahkan bahawa Habbatus Sauda’ mampu menjadi alternatif kepada ubat-ubat darah tinggi yang berada di pasaran sekarang. Kesan yang dilaporkan setelah mengambil Habbatus Sauda’ termasuk penurunan tekanan darah di dalam arteri selepas hanya 15 hari mengambilnya. Ciri-ciri anti-oksida Habbatus Sauda’ juga telah dikenalpasti dapat menghindarkan dari penyakit jantung.

Penyelidik-penyelidik menyatakan bahawa kemampuan diuretic Habbatus Sauda’ yang menyebabkan ia menjadi ubat darah tinggi yang baik adalah disebabkan oleh volatile oil di dalam Habbatus Sauda’. Satu kajian di Perancis menjumpai bahawa dichloromethane (sejenis volatile oil) yang dijumpai di dalam ekstrak Habbatus Sauda’ menunjukkan kesan diuretic yang tinggi. Bahagian methanol yang larut minyak menunjukkan kesan membantut ke atas tindakan arachidonic acid untuk meningkatkan penggumpalan platelet dan pembekuan darah, yang mengakibatkan kesan anti-platelet bertambah. Pada tahun 2001, Meiji Pharmaceutical University di Tokyo, Jepun telah menjalankan kajian hemotologik ke atas minyak Nigella Sativa. Mereka mendapati bahawa Nigella Sativa menunjukkan aktiviti anti-thrombosis yang lebih tinggi berbanding aspirin (ubat yang kerap digunakan untuk mengubati thrombosis).

Suatu kajian yang lain telah mendapati bahawa tikus-tikus yang telah diberi makan minyak Habbatus Sauda’ menunjukkan pengurangan paras kolesterol, triglyceride, gula, dan bilangan platelet sebanyak 15-35% berbanding control values. Keputusan ini mencadangkan bahawa kesan-kesan positif ini boleh digunakan dalam rawatan hyperglycemia dan hyperlipidemia, dan mungkin juga sebagai imbuhan dalam rawatan anemia (kekurangan sel darah merah). Beberapa ekstrak Habbataus Sauda’ mengurangkan plasma trygliceride secara signifikan dan pada masa yang sama menigkatkan paras HDL-kolesterol. Tambahan pula, satu kajian menyatakan bahawa volatile oil di dalam Habbatus Sauda’ mempunyai kesan yang sama efektif dengan simvastatin dalam mengurangkan paras kolesterol di dalam badan. Manakala satu kajian yang lain yang melibatkan sembilan orang pelajar menjumpai bahawa dua kapsul 500 mg minyak Habbatus Sauda’ sebanyak dua kali sehari selam dua minggu mampu mengurangkan paras gula dan juga paras kolesterol.

Bukti saintifik mencadangkan bahawa minyak Habbatus Sauda’ sangat efektif dalam mengurangkan paras homocysteine. Pembuktian melalui kajian yang dilakukan ke atas binatang menunjukkan bahawa homocysteine menyebabkan kesan oxidant secara langsung ke saluran darah, mengurangkan kesan vasodilation dan anti-coagulation nitrus oksida, dan meningkatkan oxidative stress. Minyak Habbatus Sauda’ memberi alternatif untuk mengurangkan homocysteine kepada mereka yang tidak memberi respon terhadap asid folik, vitamin B12 atau B6.

No comments:

Post a Comment